Monday, August 29, 2016

Anak lambat bercakap Umur 2 tahun (Part 1)


Assalamualaikum,

Hari ni saya nak mula share pasal pengalaman saya membesarkan anak2 saya. Saya amik keputusan ni antara lain nak share pengalaman dan ilmu yang saya ada agar dapat membantu parents kat luar sana kalau-kalau ada yang menghadapi kerisauan yang sama..

Firstly ibu-ibu...bapa-bapa..mesti risau bila anak umur dah 2 tahun tak bercakap butir kecuali mungkin beberapa  perkataan sahaja..mungkin "mama", "papa" dan sebagainya. Perkara ni berlaku dekat saya bila saya dapati anak sulung saya pun tidak bercakap banyak berbanding anak-anak seusianya.

Kami duduk di UK waktu itu..anak saya ni pun lahir disana..oleh kerana lahir disana..health visitor ni sentiasa update perkembangan anak-anak kita. Di UK ni,.health visitor ni dia jaga ikut kawasan..so kawasan saya tu ada team dia. Dia ada satu fail yang dia simpan mengenai anak2 kita dari dia lahir dan perkembangan dia..

Jadi bila usia dia 2 tahun saya pergi checkup biasa di GP (mcm klinik kerajaan tapi disana mmg tak ramai sbb setiap kawsan tu ada klinik khas dan setiap orang ada doktor dia sendiri).Masa checkup timbang berat semua tu, dia ada tanya pasal makanan dan sebagainya. Kami pun dapat vitamin percuma untuk anak saya. Masa jumpa health visitor saya saya ada bagitahu dia yang anak saya masih belum boleh bercakap, Kebanyakan perkataan dia saya tak tahu. Dia banyak sembang bahasa dia dan kadang-kadang dia main just dengar bunyi atau diam..

Bila bagi arahan yang dia faham dia buat contohnya letak cawan atas meja.Makan guna garpu menggunakan tangan kanan. Tapi kebanyakan benda yang dia nak ambik dia banyak ambil sendiri dan tidak pandai meminta. Saya yang biasa memberi dan mengagak masa dia lapar atau tidak. dan saya memeng dah sediakn air dalam cup bertangkai untuk dia dan dia boleh ambil sendiri sebab saya letak atas meja je.

Jadi saya pun google lah masa tu, dan rasa anak saya agak ada masalah bercakap. Oleh kerana terlalu risau, saya pun maklumkan pada health visitor ketika itu. Apabila dah dimaklumkan, mereka terus membuat appointment dengan kita untuk mereka datang ke rumah kita. Kita akan berbincag masa mereka free dan kita free untuk kita berjumpa dirumah kita. Maknanya mereka akan datang ke rumah kita untuk membingcang lebih dalam tentang perkara kerisauan kita.

Mengikut standard kesihatan UK, (http://www.nhs.uk/Tools/documents/birth%20to%205%20development%20timeline.htm)
1.5-2 years
Puts at least two words together
Your child will know a range of single words and talk in short sentences.
By the age of two a child will be able to say a range of single words and many children will be talking in short sentences. If your child is trying to say a word but gets it wrong, say the word properly. For example, if your baby points to a cat and says ‘Ca!’ say ‘Yes, it's a cat’. Don't criticise or tell them off for getting the word wrong. Your child may also be able to point to parts of their body.
Anak-anak umur 2 tahun dah boleh mengabungkan sekurang2nya 2 patah perkataan bersama semasa bercakap. Tetapi anak saya waktu itu, perkataan singgle pun dua tiga patah je, apatah lagi nak ckp 2 patah perkataan serentak...

Saya akan sambung pada post akan datang.

Tips untuk post ni:
1. Ibu bapa perlu risau jika anak masih belum bercakap atau banyak diam apabila sudah berusia 2 tahun
2.Terus maklumkan kepada nurse atau doktor mengenai kerisuan anda


No comments:

Post a Comment