Assalamualaikum,
Hari ni saya nak share cara mudah untuk ajar anak yang lambat cakap atau ada masalah speech delay ni untuk potty train. Anak saya alhamdulillah, tepat umur
4 tahun mmg dah bebas nappy/pampers sepenuhnya. Umur 2 tahun setengah dah tak poo atau buang air besar dalam lampin.
First sekali ibu2 atau ayah2 semua kene ingat, anak speech delay ni bukan tak faham langsung apa yang kita bgai tahu. Yang paling penting kene ingatkan diri yang mereka ini cuma lambat cakap je..tapi bukan lambat rasa...Parents kena faham anak2 ini mempunyai rasa atau perasaan mcm anak2 biasaa cuma mereka tidak berpeluang untuk luahkannya dalam bentuk komunikasi lisan..
Ini perkongsian saya sebagai ibu..bukan dari segi mediclah..apa yang saya buat ialah saya mulakan dengan expression muka dan ulang perkataan poo and wee banyak kali..maknanya mcm ni..saya cakap dekat anak saya "Rifqiy, if you want poo (buat expresion dan bungi mcm nak poo tu dekat dia) then ckp tell mama" dia mungkin tidak akan memberi respon atau seolah2 buat2 tak tahu...Jangan panik atau marah..sabar..
Saya dulu mengunakan kaedah gambaran,nyanyian dan realiti.. Maksud saya,di dalam toilet saya sediakan satu toilet kecil yang budak2 punya yang bunyi2 tu di sebelah toilet duduk yang besar di dalam toilet yang biasa tu... jadi bila saya tahu dia menunjukan sign2 dia nak poo (kalau ibu2 mesti boleh detect sign2 ni..mcm anak saya dia kan berlegar2 haha..jadi saya tahulah..dah tiba masanya melabur)..jadi saya cepat2 membuka nappy/pempers/lampinnya dan meletakkan dia diatas toilet besar yang sudah diletak child cover tu..
Masa dia poo tu, saya akan membuat lagu saya sendiri.dan nyanyikan dihadapan dia...mcm nilah lebih kurang,
"Big and Small"
"Big..Big..Big, small,small,small"
Berulang kali sambil menunjukkan tempat toilet besar yang dia duduk untuk poo tu adalah toilet besar dan toilet kecil sebalah adalah yang kecil..kemudian saya akan ckp
"poo (dengan expression meneran), Bigg! big! Big! (sambil tunjuk toilet yang dia duduk)
"wee (dengan bunyi air voshhhh)..small..small..small
mcm tulah sambil dia buang air..Bila dah sudah..kita tunjuk lagi nyanyi dan ulang untuk dia tgk mana big toilet and small toilet..Saya buat mcm ni hampir 2 minggu tiap2 kali dia poo..Akhirnya bila dia nak poo, dia akan bawak saya ke toilet dan tunjuk yang mana dia nak pi..yang big atau small.dalam masa kita sempat..sambil2 kita ajar dia wee dalam yang kecil..mcm buat bunyi air ke..tapi beri tumpuan lebih pada poo dari wee.
So dari usia dia 2 tahun lebih dia dah tak poo dlm nappy dirumah, 3 tahun sepenuhnya diluar dan sampai sekarang dah 4 tahun..wee pun dah dlm toilet..nak kata maknanya, biasanya parents mungkin rasa potty train ini sesuatu yang susah..lagi2 untuk anak yang late talker...sbb semuanya mcm lumrah mesti nak mulakan dengan mengajar mengawal air kecil dulu..sampai ada yang perlu cuti nak potty train anak.
Kita kene ingat, anak late talker mungkin mudah untuk berkomunikasi atau mengexpress benda yang besar mcm poo daripada wee..jadi apalah salahnya kalau kita cuba terbalikkan tradisi...Dari pengalaman saya, lepas berjaya poo tak dalam nappy..nak ajar wee jadi mudah..sebab dia dah belajar set dalam diri dia..so, bebas malam dan siang dari poo /wee atas katil, dalam seluar,dalam lampir walaupun keluar ke shooping mall atau berada diluar seharian...kalau terexcident sekali sekala tu biasalah..tapi setakat ni alhamdulillah mmg bebas sepenuhnya..
Parents jangan malu atau stress kalau orang ckp 3 tahun atau 4 tahun baru berjaya sepenuhnya..orang yang anak late talker je yang fhm situasi kerisauan ni..jadi pedulikan je apa orang nak cakap...anak saya alhamdulillah sekarang dah banyak mulut..masa genap 3 tahun boleh membaca (bukan menghafal ABC) maksudnya dika ditunjuk toggang langgang pun dia kenal.. nombor boleh bilang 1 sampai 20 dlm english (juga bukan menghafal)- nanti saya kongsikan dientri lain...
Goddluck untuk potty train anak2 kita....salam sayang
No comments:
Post a Comment